Tiket Tambahan Penyokong Kedah Mula ‘Dijual’ - Sukan | mStar

Tiket Tambahan Penyokong Kedah Mula ‘Dijual’

PETALING JAYA: Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) memutuskan proses 'pembelian' kira-kira 1,000 tiket tambahan kepada penyokong Kedah bagi aksi final Piala Malaysia malam Sabtu dilakukan menerusi dua kaedah.

FMLLP dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 500 tiket akan 'dijual' secara atas talian bermula pukul 2.30 petang Jumaat manakala 5000 tiket lagi 'dijual' di Kuadran A, Stadium Shah Alam bermula pukul 4 petang.

Menurut kenyataan itu, proses 'pembelian' secara dalam talian boleh dilakukan di www.tickethotline dan penebusan tiket itu hanya dibuka di Kuadran A stadium terbabit bermula pukul 12 tengah hari Sabtu.

Namun proses 'pembelian' tiket tersebut perlulah menggunakan kad pengenalan Kedah dan satu tiket hanya terhad kepada seorang pembeli.

"Penyokong yang berminat untuk mendapatkan tiket berkenaan perlu melalui proses “belian” tickethotline.com seperti biasa namun tiada caj akan dikenakan.

"Sama juga di stadium dimana tiket boleh dituntut di kaunter Ticket Hotline," demikian menurut kenyataan itu.

Pada malam Khamis, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan badan pentadbir Liga Malaysia itu supaya mencetak tiket tambahan untuk diberi secara percuma kepada penyokong Kedah yang tidak mendapat tiket aksi final tersebut.

FMLLP dalam satu kenyataan malam Khamis turut memohon maklum balas daripada penyokong Kedah mengenai kaedah 'penyampaian' tiket tersebut.

"Tunku Pengerusi FMLLP mahukan tiket dicetak dengan kuantiti seberapa banyak mungkin, namun atas faktor keselamatan di stadium, hanya 1,000 tiket tambahan akan dicetak.

"Semoga dengan usaha murni Tunku Pengerusi FMLLP ini, sedikit-sebanyak dapat merealisasikan impian sebilangan penyokong Kedah yang tidak mendapat membeli tiket pada asalnya," kata kenyataan itu.

tiket percuma , Piala Malaysia

Artikel Sebelum

Jadual Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Felda United Ke Liga Perdana?

Artikel Berkaitan

Radhi Mat Din Tak Kecil Hati

Artikel Lain