suria

Gol Alli Tewaskan Real Madrid

Dele Alli (kanan) sewaktu menjaringkan gol kedua buat Tottenham pada perlawanan Kumpulan H Liga Juara-Juara ketika menentang Real Madrid di Stadium Wembley, London pada awal pagi Khamis. Foto AP

KEJUTAN buat Tottenham apabila menewaskan Real Madrid dalam perlawanan peringkat Kumpulan H Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis.

Menerusi keputusan 3-1 itu, pemain, Dele Alli menjaringkan dua gol buat Tottenham.

Alli mencatatkan gol pembukaan pada minit ke-27, diikuti jaringan kedua menerusi minit ke-56.

Satu lagi gol Tottenham menerusi aksi Christian Eriksen pada babak kedua (65').

Walaupun Real Madrid menunjukkan mengatur langkah yang baik pada awal permainan, tetapi kemudiannya berjaya dikawal oleh Spurs.

Real Madrid yang kecewa ditumpaskan Spurs hanya meraih satu gol menerusi tendangan Cristiano Ronaldo pada minit ke-80.

Dele Alli

Artikel Sebelum

Kante Kembali Turun Padang?

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain