suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kante Kembali Turun Padang?

N’Golo Kante. Foto Reuters

ANTONIO Conte sedia untuk menarik N’Golo Kante kembali beraksi untuk menentang Manchester United pada Ahad ini.

Langkah pengurus Chelsea itu bagi menangani kelemahan benteng pertahanan pasukan tersebut.

Kante yang merupakan pemain tengah tidak bermain sejak 7 Oktober lalu selepas mengalami kecederaan semasa bermain dengan skuad kebangsaan Perancis.

Sejak itu, gawang Chelsea dibolosi 11 gol dalam enam perlawanan.

Kante turut menyaksikan rakan pasukannya tewas dengan 0-3 di Rom pada minggu ini.

Beliau kemudiannya memberitahu tidak pasti sama ada sudah boleh turun padang untuk menentang Manchester United.

Bagaimanapun, Conte berharap Kante dapat mengukuhkan benteng pertahanan Chelsea, terutama dengan bekas pemain tengah Nemaja Matic keluar dari Stamford Bridge. - Mail Online

N’Golo Kante

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gol Alli Tewaskan Real Madrid

Artikel Lain