suria

Mourinho Tak Akan Berubah!

Jose Mourinho. -fotoREUTERS

PENGURUS Manchester United Jose Mourinho tidak akan mengubah pendekatan pragmatiknya untuk perlawanan besar, berbeza dengan apa yang dimahukan peminat.

Demikian pandangan bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher.

Jamie Carragher. -fotoAP

Rekod perlawanan tanpa kalah Manchester United di Liga Perdana Inggeris berakhir minggu lepas apabila Huddersfield mencatat kemenangan 2-1 di Stadium John Smith.

Keputusan itu terhasil selepas United seri 0-0 menentang Liverpool dalam saingan liga dan menang 1-0 ke atas Benfica dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Selepas perlawanan, Mourinho dikritik ekoran perancangan dan pendekatan permainannya, dengan ramai yang melabelkannya sebagai satu pendekatan konservatif.

Sejak menyertai United pada 2016, Mourinho telah terlibat dalam 11 perlawanan menentang enam pasukan teratas di kandang lawan dan hanya berjaya menang dua kali dengan tujuh jaringan.

Penyokong Huddersfield meraikan kemenangan ke atas United. -fotoREUTERS

United akan bertemu Tottenham Hotspur dalam satu lagi pertempuran sengit minggu ini dan Carragher percaya pendekatan yang digunakan Mourinho untuk perlawanan ini menjadi persoalan peminat.

Dia memberitahu Telegraph: "Ada cadangan musim panas lalu bahawa Mourinho akan berkembang, pada musim pertamanya mungkin dia akan menyesuaikan diri terlebih dahulu, memenangi piala dan membina pasukan. Tahun ini dia akan lebih proaktif di tempat-tempat seperti Anfield, Stamford Bridge dan The Etihad.

"Saya tidak pernah percayakannya. Saya tidak fikir dia akan berubah. Persembahan di Liverpool membuktikannya.

"Pada masa penuh di Anfield saya merasakan kritikan terhadap pendekatannya tidak adil. Ia adalah mata yang baik, tetapi hanya dalam satu keadaan.

"United perlu menewaskan Huddersfield. Sebarang keputusan seri hanya dianggap baik jika anda memenangi perlawanan seterusnya," katanya.

Jose Mourinho, Jamie Carragher

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain