suria

Real Madrid Kenal Pasti 3 Pengganti Ronaldo

Cristiano Ronaldo (kiri) dan Zinedine Zidane. -fotoAFP

REAL Madrid dilaporkan telah membuat senarai pendek tiga pemain bagi menggantikan Cristiano Ronaldo.

Presiden kelab Florentino Perez telah memulakan pencarian pengganti Ronaldo dan mahu menggilap mereka sebagai pemain bintang pada masa depan.

Perez dipercayai tidak gembira dengan Ronaldo yang berterusan menuntut wang.

Real Madrid, selaku kelab terbesar di dunia terkenal dengan keinginan mereka untuk menandatangani pemain terbaik dunia, atau dikenali sebagai 'Galacticos'.

Mereka telah melakukannya apabila menandatangani Ronaldo dan Gareth Bale.

Walau bagaimanapun, Perez sedang mencari kaedah yang berbeza kali ini.

Diario Gol melaporkan bahawa Perez sedang mencari 'berlian kasar'.

Lincoln Henrique dan Goncalo Guedes adalah dua pemain yang dipertimbangkan oleh presiden Real Madrid itu.

Lincoln Henrique. -fotoGetty

Pada usia 18 tahun, Lincoln yang bermain untuk Gremio telah menjadi bualan sejak membuat penampilan pertamanya pada 2016.

Dia dianggap sebagai salah seorang pemain Brazil yang paling hebat dan berbakat, dan dibandingkan dengan Ronaldinho.

Selain bermain sebagai penyerang, Lincoln juga boleh bermain di sayap kiri.

Dia telah membuat 254 penampilan sebagai seorang pemain profesional walaupun pada usia muda.

Seorang lagi pemain yang dipertimbangkan adalah Goncalo Guedes (PSG).

-fotoAFP

Pada musim panas, PSG membayar £27 juta untuk Guedes.

Selepas prestasi menakjubkan di Benfica, yang mana dia menjaringkan 11 gol dalam 68 penampilan, pemain berusia 20 tahun itu disasarkan oleh banyak kelab elit Eropah.

Guedes kini dipinjamkan di Valencia dan mencetuskan gelombang di Sepanyol.

Penyerang serba boleh ini telah menjaringkan lapan gol dan membantu dalam lapan penampilannya untuk Valencia.

-fotoAP

Pemain ketiga yang dipertimbangkan adalah Paulo Dybala (Juventus).

Pemain Argentina ini sangat mengagumkan sejak menyertai gergasi Seria A itu.

Dia dianggap sebagai pemain terbaik dunia di bawah umur 23 tahun.

Walau bagaimanapun, Dybala dilihat akan mempertimbangkan banyak pilihan lain.

Dybala dianggarkan bernilai £161 juta. -101greatgoals

Artikel Sebelum

Antonio Conte 'Naik Angin'!

Artikel Berikut

Mourinho Tak Akan Berubah!

Artikel Lain