suria

Bailly Bakal Turut Serta Menentang Spurs

Eric Bailly yang dijangka kembali turun padang bersama Manchester United dikesan mendaftar masuk di hotel Lowry di Manchester pada malam Jumaat. Foto Eamonn dan James Clarke

PERTEMUAN antara Manchester United dan Tottenham Hotspur di Old Trafford pada Sabtu kini menjadi teka-teki mengenai senarai pemain yang akan turun padang.

Awal musim ini, kelab melonggarkan syarat berhubung pemain perlu bermalam di Hotel Lowry sehari sebelum perlawanan di kubu kuat pasukan itu.

Bagaimanapun, beberapa bintang dikesan mendaftar masuk di hotel berkenaan pada malam Jumaat.

Eric Bailly yang dijangka kembali menyertai pasukan untuk menentang Spurs turut dikesan tiba bersama wakil kelab.

Selain Bailly, Romelu Lukaku, Henrikh Mkhitaryan dan Marcus Rashford juga disambit para penyokong di luar hotel di bandar Manchester.

Jika Paul Pogba menunjukkan perkembangan positif selepas kecederaan yang dialaminya, Bailly juga sudah boleh turun padang selepas pulih.

"Eric... nantikan, beliau ada satu lagi sesi latihan. Tetapi beliau satu-satunya yang saya harapkan daripada kumpulan 'yang cedera' boleh bersedia (turun padang)," kata pengurus pasukan, Jose Mourinho. - Mail Online

Artikel Sebelum

Mourinho Tak Akan Berubah!

Artikel Berikut

Artikel Lain