suria

Ancelotti Pilihan Utama Ganti Conte?

CARLO Ancelotti dikaitkan bakal kembali semula ke Stamford Bridge.

SunSport melaporkan pengendali kelahiran Itali itu merupakan pilihan utama untuk menggantikan Antonio Conte selepas masa depannya bersama Chelsea mulai hangat diperkatakan.

Pengurusan tertinggi Chelsea tidak yakin Conte akan kekal lebih lama bersama skuad tersebut dan sudah merangka pelan awal jika beliau angkat kaki.

Ancelotti pula tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas dipecat Bayern Munich meskipun membantu pasukan itu menjulang trofi Bundesliga musim lalu.

Pengendali berusia 58 tahun itu pernah dipecat pemilik Chelsea, Roman Abramovich walaupun berjaya memacu pasukan itu memenangi trofi Liga Perdana Inggeris dan Piala FA pada 2011.

Namun Ancelotti masih lagi berhubungan dengan eksekutif Chelsea semasa dia mengendali Real Madrid, Paris Saint-Germain (PSG) dan Bayern Munich.

Malah dia dilaporkan berada di London untuk bertemu dengan rakan-rakannya dan menyedari minat Chelsea yang mahu mendapatkan semula khidmatnya.

Difahamkan dia mungkin menolak tawaran daripada Everton dan pasukan Liga Super China sementara menunggu peluang untuk mengurus Chelsea buat kali kedua.

Carlo Ancelotti, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain