suria

Shaw Tagih Simpati Pochettino

PEMAIN pertahanan Manchester United Luke Shaw mendedahkan dia mahu beraksi di bawah pimpinan Mauricio Pochettino semula dan percaya pengurus Tottenham Hotspur itu berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Shaw pernah bekerjasama dengan Pochettino semasa di Southampton sebelum dia berhijrah ke Old Trafford pada musim panas 2014.

Pemain berusia 22 tahun itu bergelut dengan prestasi tidak menentu sejak menyarung jersi United dan hanya melakukan dua penampilan sebagai pemain gantian pada aksi Piala Carabao musim ini.

Susulan itu dia menyifatkan masa depannya bersama United semakin malap.

Malah laporan pada Khamis mendakwa Shaw juga sudah lama tidak bertegur dengan Jose Mourinho.

Dan kini Shaw mengakui dia akan bekerjasama semula dengan Pochettino.

"Dia panggil saya anaknya. Itu bagaimana akrabnya hubungan kami. Saya ada banyak kisah turun dan naik tetapi semasa bersama Pochettino, ia sentiasa naik.

"Dia menjadikan saya antara yang terbaik. Dia sentiasa memberi semangat bukan dengan cara yang teruk.

"Saya harap dapat beraksi di bawahnya semula satu hari nanti. Dan saya fikir dia mahukan khidmat saya," katanya.

Shaw bakal bertemu serampang dua mata dengan Pochettino menjelang kunjungan Spurs ke Old Trafford pada aksi Liga Perdana hujung minggu ini.

Luke Shaw, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain