suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Moto3: Adam Kedua Terpantas

Adam Norrodin.

SEPANG: Penunggang Moto3 Malaysia Adam Norrodin mencatatkan masa kedua terpantas dalam Sesi Latihan Bebas Pertama pada Kejohanan Motosikal Grand Prix Shell Malaysia (MotoGP) 2017 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini Jumaat.

Anak kelahiran Parit Raja berusia 19 tahun yang mewakili SIC Racing Team itu merekodkan dua minit 13.409 saat, di belakang juara dunia Joan Mir daripada Leopard Racing yang mencatatkan masa 2:13.129s.

Sementara rakan sepasukannya Livio Loi menduduki tempat ketiga dengan 2:13.437s, pada sesi yang dijalankan pagi Jumaat.

Penunggang wildcard Kasma Daniel Kasmayudin yang mewakili Petronas Sprinta Racing menduduki tempat ke-29 dengan catatan masa 2:16.430s.

Sementara itu, bagi kategori MotoGP, pelumba Itali Andrea Dovizioso daripada Ducati yang ketinggalan 33 mata keseluruhan di belakang pendahulu dari Sepanyol, Mar Marquez mencatatkan masa terpantas dengan 2:00.671s.

Penunggang pasukan Honda Repsol Marquez, yang mendahului senarai pelumba kelas premium dengan 269 mata, menduduki tempat kelima terpantas dengan 2:00.950s.

Sementara itu, menerusi Moto2, penunggang Red Bull KTM Ajo Miguel Oliveira merupakan pelumba terpantas dengan catatan masa 2:06.856s, diikuti Franco Morbidelli daripada EG 0,0 Marc VDS (2:06.929s) dan Thomas Luthi daripada CarXpert Interwetten (2:06.950s).

Penunggang tempatan, Hafizh Syahrin daripada Petronas Raceline Malaysia menduduki tempat ke-12 dengan catatan masa 2:07.970s, manakala Khairul Idham Pawi daripada Pasukan Idemitsu Honda Team Asia mencatatkan masa 2:09.485s untuk tempat ke-27 daripada 29 pelumba. - BERNAMA

Adam Norrodin, Moto3

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain