suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Karier Luke Shaw Di Manchester United Semakin Malap

KARIER Luke Shaw di Manchester United semakin malap selepas berikutan kejayaan 2-1 skuad itu ke atas Swansea dalam saingan Piala Carabao.

Ini kerana, Axel Tuanzebe lebih mendapat kepercayaan Jose Mourinho pada perlawanan itu berbanding dirinya.

Shaw yang baru pulih daripada kecederaan hanya diberi peluang untu beraksi selama lima minit sebelum perlawanan tamat.

Pemain berusia 22 tahun itu masuk menggantikan Anthony Martial pada minit ke-87.

Pengkritik berpendapat, Tuanzebe lebih dipercayai Mourinho untuk memperkuatkan skuad utama berbading Shaw.

Pemain berusia 19 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang bersama skuad Bawah 23 Tahun United selain berlatih bersama skuad utama.

Tuanzebe beraksi di posisi pertahanan kiri, namun kini digunakan Mourinho untuk pemain tengah.

Dia juga kelihatan selesa dan dapat beraksi dengan baik di posisi berkenaan sehingga dapat mencipta kejayaan bersama rakan-rakan dari akademi sama.

Dalam perlawanan menentang Swansea, Jesse Lingard muncul sebagai hero dengan dua jaringan manakala Marcus Rashford turut membuktikan kemampuannya di bahagian serangan.

Manchester United, Luke Shaw

Artikel Berikut

Artikel Lain