suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Madrid Terpaksa Lupakan Harry Kane

Harry Kane. Foto Reuters

REAL Madrid tidak akan meneruskan hasratnya untuk menandatangani pemain Tottenham Spurs, Harry Kane kerana beliau bernilai €250 juta (RM1.24 bilion), menurut presiden kelab, Florentino Perez.

Menurut beberapa laporan media Sepanyol, Kane dan rakan pasukan Dele Alli merupakan antara pemain yang menjadi perhatian untuk kejuaraan dalam liga di Eropah.

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane turut menyifatkan Kane sebagai pemain yang cukup lengkap.

Bagaimanapun, Perez menegaskan meskipun beliau turut memilih Kane tetapi penyerang Tottenham itu di luar kemampuan Real Madrid.

"Beliau merupakan pemain yang bagus, tambahan pula masih muda. Beliau mempunyai banyak tahun untuk berkembang.

"Saya tidak bertanyakan presiden Tottenham mengenai harga (Kane) kerana dia akan beritahu saya pemain itu bernilai €250 juta," ujar Pereze. - Mail Online

Harry Kane

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain