suria

Penjaga Gol Terbaik Fifa Merajuk?

Gianluigi Buffon memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik Fifa 2017. Foto AP

JIKA Juventus mahu mendapatkan motivasi untuk memenangi Liga Juara-Juara musim ini mungkin Gianluigi Buffon ada jawapannya.

Ini kerana kelab itu bakal kehilangan penjaga gol tersebut yang bakal bersara selepas Piala Dunia.

Buffon merangkul trofi penjaga gol terbaik bagi Anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2017 di London pada malam Isnin. 

Pemain berusia 39 tahun itu memberitahu bahawa hanya satu sebab yang membuatkan beliau terus bertahan daripada bersara selepas temasya sukan itu adalah kelab itu menjuarai liga.

Menerusi temuramah bersama Sky Italia, Buffon berjanji untuk menyatakan sudah tiba masanya untuk beliau bersara melainkan Juventus dapat memenangi Liga Juara-Juara selepas tiga kegagalan dalam pusingan akhir.

"Saya yakin mengenai pilihan yang saya buat," kata Buffon.

"Ia merupakan musim terakhir saya dan saya pasti dengan pilihan yang dibuat. Satu atau dua tahun lagi tidak akan menambah apa yang telah saya capai.

"Satu cara sahaja yang boleh adalah memenangi Liga Juara-Juara," ujar Buffon. - Mail Online

Gianluigi Buffon

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain