suria

Ronald Koeman Dipecat

Ronald Koeman. Foto AP

RONALD Koeman telah dipecat sebagai pengurus Everton selepas dikalahkan oleh Arsenal dengan 2-5 pada Ahad, kelab itu mengesahkan perkara itu.

Namun pengurus pasukan berusia 54 tahun itu menegaskan selepas digugurkan daripada Goodison Park, beliau masih percaya merupakan individu yang tepat untuk memimpin kelab tersebut.

Everton mengalami kemerosotan ke tangga ke-18 dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris.

Koeman tiba di padang latihan Finch Farm pada pagi Isnin dan mengambil latihan seperti biasa untuk para pemain yang tidak terlibat dalam perlawanan pada Ahad.

Bagaimanapun, kelab tersebut kemudiannya mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa Koeman tidak lagi menjadi pengurus Everton.

"Kelab Bola Sepak Everton mengesahkan bahawa Ronald Koeman telah meninggalkan pasukan ini.

"Pengerusi Bill Kenwright, Lembaga Pengarah dan Pemegang Saham Utama Farhad Moshiri mahu semua mengucapkan terima kasih kepada Ronald di atas perkhidmatan yang diberikan beliau kepada kelab selama 16 bulan lalu dan membawa kelab ke tempat ketujuh dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim lalu," menurut kenyataan itu." 

Bekas pengurus Southampton itu menyertai Everton pada 2016. - independent.co.uk

Ronald Koeman, Everton

Artikel Sebelum

Ronaldo Pemain Terbaik Fifa

Artikel Berikut

Artikel Lain