suria

Saya Berbeza - Conte

ANTONIO Conte menegaskan dia langsung tidak berasa tertekan di Chelsea, berbeza dengan bekas pengendali The Blue yang pernah dipecat di Stamford Bridge.

Jose Mourinho dan Carlo Ancelotti ditunjukkan jalan keluar oleh pemilik Chelsea, Roman Abramovich meskipun membawa kejayaan untuk pasukan itu.

Dan perkara sama dikhuatiri akan turut dialami Conte selepas ini.

Selepas menjulang trofi Liga Perdana Inggeris pada awal musimnya di England, Chelsea bergelut dengan prestasi tidak menentu apabila ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Chelsea nyaris dimalukan Watford apabila ketinggalan 1-2 sebelum bangkit mencatat kemenangan 4-2, Sabtu lalu.

Sejurus selepas tamat perlawanan, Conte menegaskan dia tidak tertekan dan enggan sama sekali disamakan dengan bekas pengendali pasukan itu.

"Saya tidak seperti pengurus terdahulu. Saya berbeza... saya berbeza.

"Amat penting untuk kita memahami perkara ini. Kelab perlu menilai hasil kerja dan kejujuran. Saya bukan jenis yang tertekan apabila saya tewas dan jika kelab mahu memecat saya.

"Pada masa lalu, kelab memutuskan selepas tewas dua atau melalui tiga aksi terburuk untuk memecat pengurus. Saya tidak fikir ia cara sama untuk setiap pengurus.

"Anda mengubah individu, mengubah cara kerja. Saya ulangi. Jika anda rasa saya tertekan, jawapannya ada kosong," katanya.

Antonio Conte

Artikel Sebelum

Lovren Merajuk?

Artikel Berikut

Faiz Subri Cari Pasukan Baharu

Artikel Lain