suria

Manchester United Tawar Gaji Tertinggi Kepada Pemain Real Madrid

MANCHESTER United dilapor sedia menawarkan bintang Real Madrid sebagai penerima gaji tertinggi di Old Trafford bagi memastikan dia menyertai kelab itu.

Don Balon melaporkan, United sedia membayar gaji seperti yang diterima Paul Pogba kepada Casemiro.

Bagaimanapun, Paris Saint-Germain yang turut meminati pemain berkenaan juga sedang mempertimbang sesuatu yang istimewa untuk menarik perhatian bintang tengah Brazil itu.

Berikutan itu, Casemiro dilihat sebagai pemain yang menjadi perhatian kelab gergasi dunia pada jendela pemindahan pemain Januari ini.

Don Balon mendakwa, Jose Mourinho mahukan Casemiro untuk digandingkan dengan Nemanja Matic selain memperkukuhkan bahagian tengah United.

Desakan untuk mendapatkan Casemiro semakin kuat apabila Mourinho kehilangan ramai tonggak tengah.

Manchester United, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain