suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool Bukan Pesaing Rebut Kejuaraan EPL

LIVERPOOL bukan lagi pesaing untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas mudah dibelasah Tottenham Hotspurs 4-1.

Portal sukan England mendakwa, walaupun sorakan 'this year is our year' masih dilaungkan penyokong The Kop namun pengkritik melihat sebaliknya.

Keyakinan Jurgen Klop untuk merantai Harry Kane seperti Romelu Lukaku ketika menentang Manchester United bukanlah tindakan bijak kerana Tottenham mempunyai rantaian serangan lebih baik.

Ini kerana, Liverpool berjaya mengikat United di Anfield ketika pasukan itu kehilangan ramai pemain tengah.

Malah memontum kemenangan besar ke atas Maribor dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah juga gagal dikekalkan untuk Liverpool kembali ke landasan untuk merebut kejuaraan.

Dalam perlawanan berkenaan, Harry Kane mudah berkeliaran selain mendapatkan gol pembukaan.

Malah, Liverpool juga dilihat lemah dan ketinggalan jika dibandingkan dengan Arsenal dan Chelsea yang menghuni kedudukan lebih baik di Liga Perdana Inggeris.

Akibat kekalahan memalukan itu, Liverpool kini menghuni tangga kesembilan dengan 13 mata di belakang Burnley.

Liverpool, Tottenham Hotspurs

Artikel Berikut

Artikel Lain