suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Manchester United Uji Pengganti Zlatan Ibrahimovic

MANCHESTER United melakukan percubaan bagi melihat aksi pemain muda Sweden sebelum membuat keputusan membawa pemain berkenaan ke Old Trafford.

Rines Arifi, 14, digelar sebagai pengganti Zlatan Ibrahimovic selain turut meminati pemain berkenaan.

Walaupun masih muda untuk memperkatakan tentang kemampuannya, namun Rines berjaya menarik perhatian pencari bakat setakat ini.

Rines beraksi di akademi Husie IF dan akan menjalani latihan di akademi United selama seminggu sebagai percubaan.

"United akan pertimbangkan aksinya dengan beberapa cara. Jika mereka berminat, mereka akan memanggilnya semula.

"Dia meminati bola sepak sejak berusia enam tahun dan tidak pernah ponteng latihan walaupun sekali," jelas bapanya, Hajriz.

Manchester United, Sweden

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Shaw Tidak Sabar Jumpa Benfica

Artikel Lain