suria

Larian Illumi Bersinar Pertama Di Malaysia

Pelancaran Larian Illumni pada Selasa.

KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan yang bergemerlapan di Singapura, Australia dan China, 'Larian Illumi ' akan membuat kemunculan pertamanya di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 13 Januari depan di Selangor Turf Club.

Syarikat Infinitus Productions Pte Ltd mengumumkan pelancarannya  di Sunway Velocity Mall, bersama dengan penaja terhormat, MPI Generali Insurans Berhad.

Larian Illumi yang pertama seumpamanya di Asia, akan memberi pelari pengalaman neon yang sangat menerujakan dengan air sinaran Illumi atau lebih dikenali sebagai ‘Illumi Glow Water’ yang ikonik.

Larian santai ini akan menyaksikan peserta berlari, berjalan dan menari melalui zon muzik bercahaya ultraungu yang pelbagai tema sambil disiram dengan ‘Illumi Glow Water’.

Menurut, Ketua Pegawai Eksekutif MPI Generali Insurans Berhad,  Oliver Tan; "Sebagai syarikat  insuran am yang perintis dalam menganjurkan acara larian untuk komuniti di Malaysia, acara larian MPI Generali telah melancaran kalendar tempatan sejak 2012 untuk menggalakkan gaya hidup sihat.

"Selepas enam tahun, kami merasakan ianya masa yang tepat untuk menganjurkan aktiviti yang lebih menarik dengan peserta larian sedia ada, peserta baru, rakan kongsi perniagaan, serta pekerja dan pelanggan kami.

"Kami berbangga mempunyai peluang untuk menganjurkan acara larian unggul bertemakan pesta yang pertama di Malaysia yang menggabungkan keseronokan, semangat kemasyarakatan dan dalam masa yang sama menggalakkan sukan berlari," jelasnya.

Tambah Oliver, pihaknya teruja kerana dengan peluang membawakan Illumi Run di Malaysia buat kali pertama.

Sambutan dari rakan kongsi kami di Malaysia telah memberikan keyakinan bahawa acara ini akan menjadi pengalaman yang lebih agung.

Dalam pada itu, Pengarah Infinitus Productions Pte Ltd, Jeffrey Foo berkata, pihaknya mahu mencipta pengalaman yang menyerlah dan bersinar bagi semua pelari kami dan kami menjanjikan ‘keseronokan yang bersih dan bermanfaat’ pada malam itu.

"Bersedialah untuk berlari dan bersinar," katanya.

Acara larian itu menyasarkan penyertaan dari lebih 8,000 peserta, dan  setiap peserta akan dilengkapkan dengan beg bergaya yang penuh dengan barangan hebat yang akan membolehkan mereka bersuka-ria dalam sensasi neon.

Melalui Larian Illumi, diharap acara ini dapat meningkatkan kesedaran mengenai kanak-kanak tajaan S.O.S serta lebih banyak dana dapat disumbang ke arah usaha mereka untuk menyediakan rawatan perubatan yang lebih baik untuk kanak-kanak ini. 


larian Illumni

Artikel Sebelum

Chamberlain Perlu Masa - Klopp

Artikel Berikut

Artikel Lain