suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh Di Luar Stadium, Tiga Cedera

Antara penyokong cedera dalam insiden kekecohan di pekarangan Stadium Perak selepas berakhirnya perlawanan separuh akhir Perak menentang JDT, malam Ahad. Foto : Halil Lokman Tiger Supersports

IPOH: Dua lelaki termasuk seorang anggota polis cedera dalam insiden kekecohan di pekarangan Stadium Perak selepas berakhirnya perlawanan separuh akhir Perak menentang Johor Darul Takzim (JDT), malam Ahad.

Difahamkan seorang penyokong mengalami kecederaan di bahagian perut  dipercayai terkena letupan mercun.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, polis turut menahan seorang lelaki yang dipercayai meletupkan mercun.

"Kita juga ada melakukan beberapa tangkapan lain namun, siasatan lanjut masih dijalankan. Butir-butir lengkap akan diperoleh daripada pegawai-pegawai bertugas.

"Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya dikawal kira-kira pukul 12 tengah malam ," katanya.

Suasana di luar Stadium Perak bertukar kecoh apabila berlaku provokasi antara penyokong selepas tamat perlawanan antara Perak dan JDT pada kira-kira jam 11 malam Ahad.

Polis mula berkawal di pintu masuk F, Stadium Perak susulan berlaku beberapa kekecohan, malam Ahad.

Meskipun terdapat kawalan ketat daripada pihak keselamatan, penyokong tidak berganjak walaupun diminta bersurai.

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa campur tangan dengan mengarahkan penyokong meninggalkan stadium. - Sinar Online

Perak, JDT, Piala Malaysia

Artikel Berikut

Artikel Lain