suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Morata Bawa Khabar Gembira

ALVARO Morata kembali menyertai sesi latihan bersama rakan pasukannya menjelang pertemuan Chelsea menentang Roma pada Liga Juara-Juara, Rabu ini.

Pemain berusia 24 tahun itu terpaksa direhatkan selepas bergelut dengan kecederaan hamstring ketika membantu Chelsea menundukkan Manchester City pada 30 September lalu.

Malah, Antonio Conte berharap pemain kebangsaan Sepanyol itu akan kembali cergas untuk pertembungan penting Rabu ini.

Lebih menggembirakan apabila Chelsea memuatnaik gambar Morata sedang berlatih di Cobham menerusi Twitter rasmi pasukan itu, petang Ahad.

"Seperti anda ketahui ada tiga pemain kami yang cedera. Morata, saya harap dia akan kembali cergas dengan segera untuk aksi menentang Roma.

"Drinkwater sudah menunjukkan peningkatan tetapi masih belum pulih sepenuhnya. Kami perlu bersabar kerana dia masih cedera di bahagian betis," kata Conte.

Alvaro Morata

Artikel Sebelum

Icardi Tiru Gaya Messi

Artikel Berikut

Messi Bakal Timang Anak Ketiga

Artikel Lain