suria

Perez Juara CIMB Classic 2017

Pat Perez. Foto: AFP

KUALA LUMPUR: Pemain Amerika Syarikat, Pat Perez muncul juara Kejohanan Golf CIMB Classic 2017 apabila menamatkan saingan dengan tiga bawah par 69  di TPC Kuala Lumpur di Bukit Kiara pada Ahad.

Pemain berusia 41 tahun itu merangkul kemenangan ketiga dalam Jelajah PGA Amerika Syarikat dengan catatan keseluruhan 24 bawah par 264 untuk membawa pulang hadiah wang tunai US$1.26 juta (RM5.32 juta).

Perez mengatasi rakan senegara, Keegan Bradley dengan kelebihan empat pukulan iaitu 20 bawah par 268.Pemain Rookie Terbaik Jelajah PGA 2016/2017, Xander Schauffele dari Amerika Syarikat berkongsi tempat ketiga bersama pemain Korea Selatan, Kang Sung Hoon dengan catatan sama 17 bawah par 271. -Bernama

Pat Perez, CIMB Classic

Artikel Sebelum

Artikel Lain