suria

Bekas Suami Kepada Isteri Rodgers Ditemui Mati

Rodger dan Searle berkahwin tahun ini.

BEKAS suami  kepada isteri Brendan Rodgers dilaporkan bunuh diri.

Ia membuatkan bekas pengurus Liverpool dan isterinya, Charlotte Searle terkejut dengan berita yang diterima itu.

Steven Hind,35, yang mengahwini Searle selama 17 bulan ditemui mati di sebuah bilik hotel bersama sekeping nota membunuh diri.

Menurut rakan-rakannya, Hind mengalami tekanan selepas bercerai dengan Searle pada 2013, lebih-lebih lagi selepas wanita itu berpindah dari Liverpool ke Galasgow dan turut membawa anak perempuannya.

"Steve sangka dia mempunyai kehidupan dan keluarga yang sempurna, tetapi sebaliknya berlaku.

"Dia cuba menunjukkan kekuatan dirinya, namun ia memakan diri sendiri," jelas seorang kawannya.

"Keluarganya pasti amat kecewa. Kalaulah dia tahu betapa ramai yang mengambil berat terhadapnya," jelas satu sumber.

Kematiannya disedari selepas Hind tidak hadir ke tempat kerjanya.

Hind (kiri) berkahwin selama 17 bulan bersama Searle ditemui mati di sebuah bilik hotel.

Selepas perceraiannya pada 2013, hubungan Hind dengan Searle bertambah buruk selepas dia menerima perintah berkurung pada sebelah malam selama 12 minggu pada tahun 2014 kerana mengaku menghendap bekas isterinya itu.

Walaupun Rodger tidak ada kaitan dalam kes tersebut, dia dipercayai mula menjalini hubungan dengan Searle sebaik sahaja mereka bercerai.

Rodgers mengenali Searle ketika wanita itu bekerja sebagai koordinator perjalanan di kelab Liverpool manakala dia pula pengurus di Anfield.

Rodger bercerai dengan isteri, Susan yang dikahwini selama 24 tahun pada 2015.

Rodgers  berkahwin tahun ini selepas empat  bulan melamar Searle di New York.

Brendan Rodgers

Artikel Sebelum

Peminat Fanatik Ronaldo

Artikel Berikut

Perez Juara CIMB Classic 2017

Artikel Lain