suria

Piala Malaysia: Nidzam Rangka Skuad Terbaik

Mohd Nidzam Adzha Yusoff

PEMAIN utama Kedah dijangka membarisi kesebelasan skuad hijau kuning dalam misi memburu tiga mata menentang Felda United dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Jengka malam ini.

Ini kerana, Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff berkata, kesemua enam pemain yang beraksi bersama skuad kebangsaan ketika bertemu Hong Kong pada perlawanan kelayakan Piala Asia kembali bersama pasukan tanpa kecederaan.

"Kehadrian tonggak utama ketika berdepan cabaran Felda malam ini melegakan saya dan ini turut mencerahkan harapan kami untuk tidak pulang dengan tangan kosong, bukan itu sahaja barisan pemain muda yang menjadi tulang belakang pasukan ini sejak awal musim ini juga berada dalam keadaan baik.

"Saya dapat membariskan kesebelasan utama yang mampu menangani lawan yang mahu mengecewakan kita. Tetapi keadaan dan susana perlawanan malam ini berlainan berbanding dua pertemuan lalu.

"Barisan pemain sudah melalui kehangatan dan juga sudah merasai tekanan beraksi pada perlawanan separuh akhir Piala Malaysia sejak dua musim berturut-turut dan saya yakin mereka mampu mengekalkan rentak permainan yang sama ketika merangkul Piala FA musim ini,” katanya kepada mStar Online.

Nidzam menambah, kesemua pemain sudah bersedia untuk berdepan Felda malam ini kerana mereka mengetahui apa yang perlu dilakukan.

"Saya juga lega dengan keadaan pertahanan kanan Rizal Ghazali yang sudah pulih daripada kecdederaan dan mampu beraksi kembali walaupun dia tidak bersama skuad Harimau Malaya sebelum ini.

"Empat pemain import kita Liridon Krasniqi, Ken Ilso Larsen, Zachary Anderson dan Sandro Da Silva juga tinggi dan mereka semua akan memperkuatkan pasukan kita.

"Apa yang penting setiap pemain perlu fokus dan tidak melakukan kesalahan yang akan memberi peluang kepada lawan, fokus sepanjang permainan.

"Kehadiran penyokong juga pasti akan membantu membakar semangat pemain untuk terus berjuang memastikan kemenangan berpihak kepada kita," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kalah Lagi, Apa Kata Conte?

Artikel Lain