suria

Kami Layak Menang, United Seri Dah Puas Hati - Klopp

Jurgen Klopp

JURGEN Klopp berkata pendekatan 'bertahan' yang digunakan Manchester United di Anfield ketika perlawanan berakhir seri tanpa jaringan malam Sabtu mungkin tidak boleh diterima di Liverpool.

Liverpool lebih banyak melakukan serangan dalam pertemuan itu, tetapi gagal memanfaatkan dominasi mereka untuk membolosi gawang lawan.

Kesudahannya, Liverpool hanya menang sekali dalam lapan perlawanan terakhir, sementara jurang tujuh mata dalam Liga Perdana Inggeris antara mereka dan United kekal.

Apabila ditanya oleh Sky Sports sama ada dia kecewa dengan perancangan Jose Mourinho, Klopp berkata: "Bukan hak saya untuk kecewa.

"Saya pasti jika kami mahu bermain seperti ini, kami tidak dapat melakukannya di Liverpool, tetapi jelas di Manchester OK. Saya bukan menghakimi, semuanya OK.

"Kami perlu memikirkan tentang prestasi, situasi kami dan ia tidaklah buruk. Ya kami mahu menang, 100 peratus. Kami berusaha untuk itu.

"Tetapi sekali lagi, kadang-kadang untuk mendapat kemenangan anda memerlukan sedikit nasib. Paling penting, anda perlu terus bekerja keras dan kemudian, pada satu ketika, ia akan berlaku."

Klopp percaya persembahan Liverpool sepatutnya mampu membawa kemenangan, sambil menambah bahawa dia merasakan United sepenuhnya berpuas hati dengan keputusan seri.

"Persembahan kami layak untuk tiga mata," katanya.

"Kami adalah pasukan yang lebih baik, pasukan yang lebih aktif. Saya rasa Man United datang ke sini dan mahukan satu mata, mereka memperolehinya tetapi kami mahu tiga mata.

"Semua orang tahu agak sukar bila pasukan kelas atas seperti Man United memilih pendekatan bertahan. Anda tidak akan mempunyai 20 peluang, tetapi kami mempunyai cukup (peluang).

"Saya gembira dengan sebahagian besar persembahan. Saya berkata kepada skuad selepas perlawanan bahawa kita telah memutuskan untuk mengambil jalan yang sukar apabila menyertai Liverpool, jadi kami melalui cara yang sukar. Mari kita teruskan.

"Setakat ini, kami hanya kalah satu perlawanan Liga Perdana Inggeris. Ia bukan apa yang kami mahukan tapi jelas semua orang dapat lihat kami tidaklah jauh dari Man United, walaupun mereka mempunyai beberapa mata lebih.

"Bila kami bermain menentang mereka lagi, mereka mungkin tidak boleh memainkan cara ini lagi dan mungkin kami mempunyai lebih banyak peluang untuk digunakan."

Joel Matip mempunyai peluang terbaik pada babak pertama, tetapi berjaya diselamatkan oleh David De Gea. -ESPN

Jurgen Klopp, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain