suria

Mourinho Dapat Durian Runtuh

JOSE Mourinho bersedia untuk menandatangani kontrak baharu bersama Manchester United bernilai 65 juta pound sterling.

The Sun mendakwa pihak pengurusan United amat berbangga dengan prestasi pengendali berusia 54 tahun itu.

Kontrak baharu itu bakal menyaksikan Mourinho kekal sehingga lima tahun lagi di Old Trafford.

Gaji asas Mourinho sebanyak 250,000 pound sterling seminggu masih kekal tetapi dia mendapat kenaikan tambahan dalam pakej baharu itu susulan prestasi cemerlangnya.

Mourinho mengikat kontrak selama tiga tahun bersama Red Devils pada 2016.

Dia mengemudi United memenangi trofi Liga Europa tahun lalu dan memacu pasukan dalam kedudukan terbaik dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

United turut memenangi dua perlawanan dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dibawah kendalian Mourinho.

Ketika ditanya mengenai situasi kontraknya, Mourinho mengakui dia gembira jika diberi peluang untuk kekal lebih lama bersama United.

"Saya boleh katakan saya mahu kekal lebih lama. Saya tidak perlu kontrak baharu untuk bekerja mengikut had saya.

"Saya tiada masalah apabila kontrak saya sampai ke penghujungnya dan bebas untuk membuat pilihan. Malah kelab bebas untuk buat keputusan mereka," katanya.

Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain