suria

Spurs Dedah Rundingan Dengan Ferguson

SIR Alex Ferguson pernah bersetuju untuk mengurus Tottenham Hotspur sebelum menjadi pengurus Manchester United.

Namun bekas pengendali United itu menukar fikirannya pada saat akhir, kata bekas Pengurus Spurs, Irving Scholar.

Legenda kelahiran Scotland itu berhijrah ke Old Trafford pada 1986 dari Aberdeeen dan membantu United menjulang 27 trofi sepanjang kariernya.

Ferguson, 75, bersara dari bola sepak pada 2013 selepas mengemudi United memenangi Liga Perdana Inggeris.

Scholar mendakwa dia bertemu Ferguson pada 1984 dan bersetuju secara lisan untuk mengemudi White Hart Lane sebelum memutuskan untuk kekal di Scotland selama dua tahun lagi.

"Kebenarannya adalah saya telah bercakap dan berunding dengan Alex Ferguson mengenai satu tawaran.

"Dia dan saya melakukan rundingan yang amat lama dan terperinci.

"Saya beritahu dia bahawa saya 'orang lama' dan paling penting sebaik sahaja anda bersetuju, apabila anda berjabat tangan dengan seseorang, ia konkrit," kata Scholar dipetik dalam buku berjudul 'White Hart Lane - The Spurs Glory Years, karya Martin Lipton.

Sir Alex Ferguson

Artikel Sebelum

Mourinho Dapat Durian Runtuh

Artikel Berikut

Figo Sertai UEFA

Artikel Lain