suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Figo Sertai UEFA

BEKAS pemain kebangsaan Portugal, Luis Figo dilantik sebagai penasihat bola sepak untuk Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Figo menyertai beberapa bekas pemain profesional seperti Nadine Kessler dan Dejan Stankovic yang turut diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab tersebut awal tahun ini.

Mereka akan bekerja dengan Presiden UEFA, Aleksander Ceferin dan Jabatan Bola Sepak.

Jabatan itu akan bertanggungjawab terhadap aspek teknikal, undang-undang perlawanan dan daya tarikan keseluruhan sukan itu.

Figo yang juga pernah diangkat sebagai calon presiden FIFA pada 2015 akan menjadi tokoh utama untuk program duta UEFA.

"Saya amat bernasib baik kerana mendapat banyak pengalaman dan saya percaya saya boleh memberi pengaruh positif dalam menyampaikan ilmu yang saya ada.

"Bola sepak terus berkembang. Saya ada peluang istimewa terlibat dengan UEFA dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Aleksander Ceferin kerana memberikan saya peluang ini.

"Ketika saya mula bermain bola sepak secara profesional pada 1990, saya tidak dapat bayangkan jika satu hari nanti saya berpeluang menyertai UEFA dan bekerjasama di samping presiden," kata Figo.

Luis Figo, UEFA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Scholes Jadi Pengurus?

Artikel Lain