suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tindakan Usmanov Buat Wenger Kekal Lebih Lama Di Arsenal

ARSENE Wenger dijangka akan mengekalkan kedudukan sebagai pengendali Arsenal lebih lama apabila Alisher Usmanov tidak mahu menjual 30 peratus sahamanya kepada Stan Kroenke.

Usmanov merupakan pemegang saham terbesar Arsenal dan sentiasa mempertahankan Wenger walaupun mendapat desakan daripada penyokong yang jurulatih itu dipecat.

Manakala Kroenke yang merupakan warga Amerika Syarikat dan antara pemegang saham Arsenal mahu Wenger dipecat bagi membawa kelab itu ke tahap lebih baik.

Stan Kroenke

Jika Usmanov menjual 30 peratus sahamnya bernilai £525 juta, ini bermakna Kroenke akan mengawal 97 peratus kelab tersebut.

Berikutan itu, masa depan Wenger bakal terjejas kerana Kroenke tidak berminat dengan agenda pengendali dari Perancis itu.

Malah, Kroenke yakin peminat kelab berkenaan akan meningkat jika Arsenal mendapat sentuhan jurulatih baharu dan masa depan lebih cemerlang berbanding ketika ini.


Arsenal, Arsene Wenger

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain