suria

McllRoy Dedah Punca Tidak Suka Keane

RORY Mcllroy mendedahkan seorang legenda Manchester United telah menolak permintaannya satu ketika dahulu.

Roy Keane sepatutnya menjadi idola kepada bintang golf dunia itu ketika zaman kanak-kanaknya, malah dia juga merupakan penyokong kelab United.

Bagaimana pun, ketika usianya kanak-kanak, Mcllroy gagal mendapatkan tanda tangan Keane yang sekaligus membuatkannya dia tidak menyukai pemain itu.

Mcllroy menceritakan pengalamannya ketika British Master minggu lalu.

Roy Keane

"Saya masih ingat dulu ada cuba mendapatkan autograf seseorang dan mereka tidak membenarkan saya untuk dapatnya. Sejak itu saya langsung tidak suka mereka.

"Dia adalah Roy Keane yang pernah menjadi salah seorang hero saya.

"Saya mendekatinya dan minta autograf di Hotel Portmarnock Link ketika dia bersama skuad Ireland. Dia cakap 'tidak.

"Saya terkejut. Saya tahu tindakannya betul tetapi saya pernah melupakannya.

"Dan sebab itu, jika kanak-kanak meminta autograf, saya akan cuba memberikannya," jelas.

Rory Mcllroy, Keane

Artikel Sebelum

Ada Cubaan Singkir Presiden FAM

Artikel Berikut

Artikel Lain