suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayern Munich Temui Pengganti Ancelotti

BAYERN Munich bersedia untuk melantik Jupp Heynckes sebagai pengurus sehingga penghujung musim ini.

Menurut laporan BILD, Heynckes yang pernah membawa Bayern bergelar juara treble pada tahun 2013 bakal menggantikan posisi Carlo Ancelotti yang dipecat minggu lalu.

Kelab juara Jerman itu tanpa sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir semua kejohanan, jatuh di tangga kedua liga dengan perbezaan lima mata daripada pendahulu Borussia Dortmund.

Ia merupakan kali kelima Heynckes berada di Bayern, dan pernah menguruskan secara tetap pada tahun 1987-1991 dan 2011-2013, manakala secara sementara pada tahun 2009.

Sebelum ini, pembantu jurulatih Willy Sagnol mengambil alih tugas Ancelotti itu.

Heynckes dilaporkan kemungkinan akan diberi kontrak selama setahun.

Bayern Munich

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain