Piala Dunia 2030: Tiga Negara Rancang Bida Bersama - Sukan | mStar

Piala Dunia 2030: Tiga Negara Rancang Bida Bersama

Luis Suarez (kiri) dan Lionel Messi bergambar bersama untuk mempromosi bidaan Piala Dunia 2030.

ARGENTINA, Uruguay dan Paraguay bakal membida sebagai penganjur bersama untuk aksi Piala Dunia 2030.

Ketiga-tiga presiden negara tersebut mengumumkan rancangan itu di Buenos Aires pada Rabu walaubagaimana pun proses membina sebagai tuan rumah beberapa tahun akan datang.

Piala Dunia 2030 akan menyambut ulang tahun ke-100 sejak  pertama kali diadakan di Uruguay pada tahun 1930.

Pada Jun lalu, Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) menyokong sepenuhnya jika Britain atau England menjadi penganjuran bida pada tahun 2030.

Menurut Presiden Paraguay Harocia Caid, mesyuarat pertama bakal berlangsung pada minggu pertama November.

"Negara lain juga mahu menjadi tuan rumah tetapi  Uruguay mendapat pilihan ramai, berikutan bakal menyambut ulang tahun ke-100 (penganjur pertama)," katanya.

Turut bakal membida termasuk Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada yang menjadi pilihan sebagai tuan rumah Piala Dunia 2026.

Sebanyak 48 pasukan berbanding sebelum ini 32 bakal bertanding di Piala Dunia 2026 selepas Fifa mengumumkan penambahan penyertaan awal tahun ini.

Piala Dunia 2018 bakal berlangsung di Rusia, diikuti Qatar 2022.

Piala Dunia 2030

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Kabinet akan dirombak