suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Latihan Anak Saya Lebih Bagus - Robben

PEMAIN bintang Bayern Munich, Arjen Robben dengan lantang mengkritik Carlo Ancelotti yang dipecat sebagai pengurus pasukan itu minggu lalu.

Ancelotti, 58, ditamatkan kontraknya selepas Bayern tewas 0-3 di tangan Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi Liga Juara-Juara minggu lalu.

Robben tidak menyatakan sokongan terhadap Ancelotti selepas kekalahan itu.

Ketika ditanya mengenai corak latihan Ancelotti semasa memimpin Bayern, Robben berkata ia amat teruk.

"Latihan anak saya bersama pasukan belia jauh lebih baik berbanding semasa di bawah Ancelotti," katanya.

Xabi Alonso dan Philipp Lahm turut mengadu rasa tidak puas hati mengenai corak latihan Ancelotti pada musim lalu kepada pengurusan tertinggi Bayern.

Namun, bekas pengendali AC Milan itu masih dikekalkan jawatannya selepas membantu kelab gergasi Jerman itu menjulang trofi Bundesliga musim lalu.

Willy Sagnol dilantik sebagai jurulatih sementara dengan bekas Pengurus Borussia Dortmund, Thomas Tuchel disebut-sebut sebagai calon pilihan untuk mengisi kerusi panas yang ditinggalkan Ancelotti.

Arjen Robben, Carlo Ancelotti

Artikel Sebelum

Keputusan Bundesliga Jerman

Artikel Berikut

Artikel Lain