suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasti Menang Jika Itu Lukaku, Kane Atau Morata - Carragher

Carragher kecewa dengan prestasi hambar Sturridge.

JAMIE Carragher percaya Liverpool boleh menang 2-1 ke atas Newcastle jika mereka memiliki penyerang seperti Harry Kane, Romelu Lukaku atau Alvaro Morata dan bukannya Daniel Sturridge.

The Reds gagal mengutip tiga mata penuh dan sekadar mencatat satu kemenangan dalam tujuh perlawanan setakat ini apabila Joselu menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-36.

Sturridge sepatutnya meletakkan Liverpool di depan pada babak kedua tetapi pemain kebangsaan England itu melepaskan beberapa peluang berharga.

Sturridge sudah hilang sengatnya.

Carragher yang juga bekas pemain Liverpool percaya Sturridge bukan lagi pemain sama ketika The Reds merebut persaingan Liga Perdana Inggeris di bawah Brendan Rogers.

Malah kecederaan yang melanda Sturridge menjejaskan prestasi penyerang berusia 28 tahun itu.

"Dia sepatutnya menjaringkan gol, tetapi itu tidak berlaku. Dia hilang bisa kerana dia bukan lagi seperti dulu. Kecederaan menjejaskan prestasinya.

"Jika itu Harry Kane, ia pasti gol begitu juga Morata dan Lukaku. Dan saya pasti mereka akan menang dengan 2-1," kata Carragher.

Jamie Carragher, Liverpool

Artikel Sebelum

Weng Son Juara Dunia

Artikel Berikut

Tolong Beli Van Dijk!

Artikel Lain