suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tolong Beli Van Dijk!

Virgil van Dijk.

GAWANG Liverpool sekali lagi dibolosi dengan mudah ketika anak buah Jurgen Klopp itu terikat seri 1-1 dengan Newcastle United, malam Ahad.

Joel Matip dan Dejan Loveren membiarkan Joselu menolak mudah jaringan ke pintu gawang Liverpool sekali gus membolehkan pasukan tuan rumah mengikat kedudukan pada minit ke-36.

Liverpool sebelum itu mendahului tuan rumah menerusi gol Philippe Countinho pada minit ke-29. Kecuaian benteng pertahanan Liverpool akhirnya dikecam penyokong pasukan itu.

Penyokong menggesa Klopp untuk memantapkan benteng pertahanan Liverpool dengan mendapatkan khidmat Virgil van Dijk pada Januari depan.

Van Dijk pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool Ogos lalu tetapi ia gagal dimuktamadkan.

Rata-rata penyokong meluahkan rasa kurang senang dengan prestasi pemain pertahanan Liverpool menerusi Twitter.

@Josh Hinton berkata:"Beli Van Dijk pada Januari dengan 100 juta pound sterling jika ia terpaksa dilakukan."

@CallumCompton10 berkata:"LFC tidak beli Van Dijk menjejaskan musim kita dan mengatasinya dengan menurunkan Sturridge."

Virgil van Dijk, Liverpool

Artikel Berikut

Wenger Pintas Ferguson

Artikel Lain