suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lompatan Emas Jonathan

KUALA LUMPUR: Jonathan Wong Kar Gee membuktikan kemampuannya apabila meraih pingat emas dalam acara lompat jauh Sukan Para Asean Kuala Lumpur pada Khamis.

Walaupun baharu menyertai acara dwi tahunan ini, Jonathan tidak mengambil masa lama untuk bersinar mencipta rekod.

Jonathan yang beraksi bagi kategori T11/T12 (masalah penglihatan) berjaya mencatat lompatan terbaik 6.98 meter yang dilakukan pada lompatan pertama.

Mengiringi Jonathan juga atlet negara Muhammad Saifuddin yang merakam lompatan terbaik dengan 6.56m.

Manakala atlet dari Thailand, Punthong Jakkit meraih gangsa dengan mencatat 5.46 meter.

Sementara itu, bagi kategori lompat jauh wanita, atlet negara Nur Suraiya Muhammad meraih perak dengan catatan 4.34 meter.

Juara pingat emas kategori T12 ini adalah atlet dari Thailand (5.26) diikuti gangsa oleh Vu Thi Kim Thuy dengan rekod 4.30 meter.

Selain itu, jaguh lompat jauh dunia, Abdul Latiff Romly akan 'terbang meraih emas' pada aksi Jumaat pukul 11.30 pagi Jumaat bagi kategori T20.

Para Asean

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Skuad Lebuh Raya Bolot Enam Emas

Artikel Lain