suria

Wenger Jemput Musuhnya, Alex Ferguson Ke Emirates

ARSENE Wenger mengakui telah menjemput bekas musuhnya di Liga Perdana Inggeris, Alex Ferguson ke Stadium Emirates untuk menonton perlawanan yang berkait dengan mereka berdua.

Ferguson dan Wenger pernah menjadi musuh ketat ketika bekas pengendali Manchester United itu masih bergelar jurulatih.

Namun, Wenger menjemput Ferguson ke Emirates sebagai rakan bagi menonton perlawanan Arsenal menentang Doncaster yang kini dibimbing Darren Ferguson.

Darren Ferguson merupakan anak Alex yang mengikuti jejak bapanya dalam arena bola sepak.

Bagaimanapun jaringan Theo Walcott pada babak pertama menafikan peluang Doncaster untuk ke pusingan keempat EFL.

"Saya menjemputnya (Alex Ferguson). Sukan sangat seronok apabila anda saling bersaing dengan saling menghormati.

"Dia personaliti besar di Liga Perdana Inggeris. Kami mula mengenali secara perlahan-lahan sebelum persahabatan itu hilang," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Darren Ferguson dan Arsene Wenger.

Manchester United, Arsenal

Artikel Sebelum

Skuad Lebuh Raya Bolot Enam Emas

Artikel Berikut

Ziyad Tepati Ramalan Emas

Artikel Lain