suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga Tiket Piala Dunia 2018 Melambung

Stadium Luzhniki bakal menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di Moscow, Rusia. Foto Reuters

TIKET Piala Dunia 2018 di Rusia dijual dengan tiket perlawanan peringkat kumpulan paling murah pada harga £80 (RM450) untuk penyokong luar negara.

Malahan, harga tiket turut ditawarkan bagi tempat duduk khas untuk penonton obesiti.

Tiket paling mahal dijual adalah £829 (RM4,662) untuk tempat duduk Kategori Satu pada perlawanan akhir Piala Dunia yang dijadualkan berlangsung di Stadium Luzhniki di Moscow.

Harga tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak £151 (RM1,018) berbanding tiket yang sama dijual pada perlawanan akhir Piala Dunia 2014 di Rio de Janeiro.

Tiket khas dibuat untuk penonton obesiti, yang dilaksanakan buat kali kedua dalam sejarah Piala Dunia.

Ia pertama kali diperkenalkan oleh Fifa semasa perlawanan akhir di Brazil pada 2014. - Mail Online

Piala Dunia, Stadium Luzhniki

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain