suria

Jerman No.1 Dunia

JERMAN merampas kedudukan No.1 ranking dunia Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (Fifa) daripada Brazil.

Kemenangan pasukan Jerman 2-1 ke atas Czech Republik pada aksi Kelayakan Piala Dunia melayakkan mereka menduduki kedudukan teratas dunia.

Manakala Brazil jatuh di tempat kedua selepas hanya mencatat seri ke atas Colombia pada aksi yang sama.

Juara Euro 2016, Portugal mara ke tempat ketiga daripada kedudukan ke-enam.

Pasukan Argentina yang terpaksa bekerja keras dalam saingan kelayakan ini selepas hanya mencatat seri dalam dua perlawanan (Uruguay dan Venezuela) berada di kedudukan keempat.

Ia diikuti Belgium, Poland, Switzerland, Perancis, Chile dan tempat kesepuluh diduduki Colombia.

Ranking Dunia

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Europa

Artikel Berikut

Artikel Lain