suria

Semuanya Akan Ok - Pogba

PAUL Pogba akan berehat selama enam minggu selepas ujian imbasan dilakukan ke atas kecederaan hamstringnya.

Pemain kebangsaan Perancis itu terpaksa direhatkan pada babak pertama ketika Manchester United menang 3-0 ke atas FC Basel pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu.

Tahap kecederaan itu memaksa dia diketepikan selama empat hingga enam minggu.

Namun Pogba akan menjalani satu lagi ujian imbasan ke atas kecederaannya pada Khamis.

Pada petang Rabu, Pogba tampil mendedahkan semuanya akan ok menerusi posting di Instagram.

Pogba akan terlepas aksi Liga Perdana Inggeris menentang Everton, Southampton dan Crystal Palace selain pertemuan dengan Burton pada Piala Carabao, 20 September ini.

Dia turut tidak akan memperkuat United di pentas Liga Juara-Juara menentang CSKA Moscow pada 27 September ini.

Pemain yang dibawa masuk dari Juventus dengan bidaan sebanyak 89 juta pound sterling itu turut akan direhatkan ketika menentang Liverpool di Anfield pada 14 Oktober ini.

Paul Pogba, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lukaku Beri Amaran

Artikel Lain