suria

Lukaku Beri Amaran

ROMELU Lukaku memberi amaran kepada pesaing terdekat supaya berhati-hati dengan Manchester United.

Penyerang Belgium itu yang mengikat kontrak bersama United musim ini memberitahu kelabnya mempunyai ramai penjaring gol yang mempunyai gaya serangan tersendiri.

"Terdapat ramai yang boleh menjaringkan gol musim ini. Inilah yang peminat dan kami mahukan.

"Kami bekerja keras ketika latihan dan rutin harian. Amat baik sekali kerana setiap orang boleh melakukan sesuatu yang berbeza dalam perlbagai perkara," ujarnya.

United kini berada di kedudukan teratas dengan 12 gol.

Manakala turut menang 3-0  pada saingan Kumpulan A Liga Juara-Juara bertemu Basel pada Selasa.

Lukaku,24, merekodkan 68 gol sepanjang tiga musim bersama Everton sebelum ini.

Romelu Lukaku

Artikel Sebelum

Semuanya Akan Ok - Pogba

Artikel Berikut

Artikel Lain