suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wenger Harap Ozil Kekal, Manchester United Intai Peluang

ARSENE Wenger mengharapkan Mesut Ozil menandatangani lanjutan kontrak bersama Arsenal.

Kontrak pemain Jerman itu bakal tamat pada akhir musim ini dan berikutan itu dia dijangka berhijrah ke kelab baharu pada musim depan.

Arsenal selain itu turut yakin Ozil akan bersetuju dengan kontrak yang menwarkan gaji sebanyak £275,000 seminggu walaupun wakilnya menuntut gaji sebanyak £350,000 seminggu.

Media Jerman mendakwa perbincangan mengenai kontrak Ozil yang tertangguh sejak Februari lalu itu akan diambil kesempatan oleh Manchester United yang mahukan khidmat pemain berkenaan.

Tindakan Ozil yang akan meninggalkan Arsenal secara percuma akan digunakan sepenuhnya oleh Manchester United untuk membawanya ke Old Trafford.

Bagaimanapun wakil Ozil mendakwa, perbincangan bersama Arsenal akan diteruskan jika terdapat perkembangan baharu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Serena Perkenal Alexis

Artikel Lain