suria

Ozil Bakal Sertai United?

JOSE Mourinho merancang untuk membawa masuk Mesut Ozil ke Old Trafford sebaik sahaja kontraknya berakhir hujung musim ini.

Pengurus Manchester United itu pernah bekerjasama bersama Ozil ketika dia memimpin Real Madrid sebelum pemain berkenaan berhijrah ke Emirates.

Ozil hanya memenangi tiga trofi Piala FA bersama Arsenal tetapi masa depannya masih menjadi teka-teki.

Kontraknya akan berakhir pada hujung musim 2017/2018 dengan pemain kebangsaan Jerman itu belum mengadakan rundingan untuk melanjutkan kontraknya sejak Februari lalu.

Mourinho pula dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Ozil pada hujung musim ini.

United dan Barcelona masing-masing cuba memuktamadkan perpindahan Ozil pada musim panas lalu tetapi bidaan mereka ditolak Arsenal.

Namun Ozil sekarang bebas untuk menentukan masa depannya pada hujung musim ini.

Malah tidak hairan jika Ozil memilih untuk menyertai seteru Arsenal itu musim depan memandangkan dia sudah tawar hati untuk bekerjasama dengan Arsene Wenger.

Mesut Ozil, Arsenal

Artikel Sebelum

Sekadar Seri, Firmino Menangis

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain