suria

Sekadar Seri, Firmino Menangis

ROBERTO Firmino tidak dapat menahan sebak selepas Liverpool terikat seri 2-2 dengan Sevilla pada aksi Liga Juara-Juara peringkat kumpulan, awal pagi Khamis.

Pemain kebangsaan Brazil itu menjaringkan gol penyamaan 1-1 untuk The Reds selepas Wissam Ben Yedder meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit kelima.

Namun Firmino terlepas sepakan penalti pada minit ke-42, jaringan yang dianggap penting untuk Liverpool.

Selepas jaringan Mohamed Salah meletakkan Liverpool di depan, sepakan penalti Firmino terkena palang.

Firmino terlepas sepakan penalti.

Pasukan tuan rumah nyaris mendahului lawan dengan 3-1 jika sepakan penalti tersebut menerjah gawang tetapi sebaliknya berlaku.

Pada separuh masa kedua, Sevilla bangkit menyamakan kedudukan menerusi Joaquin Correa sekali gus menafikan tiga mata penuh milik Liverpool.

Dengan keputusan seri itu, Liverpool dan Sevilla berpeluang untuk meneruskan kemaraan.

Namun anak buah Jurgen Klopp gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk mengutip tiga mata penuh bagi menguasai saingan peringkat kumpulan E.

Roberto Firmino, Liverpool

Artikel Sebelum

Ancelotti Sedia Ganti Wenger

Artikel Berikut

Ozil Bakal Sertai United?

Artikel Lain