Ozil Sedia Angkat Kaki Secara Percuma - Sukan | mStar

Ozil Sedia Angkat Kaki Secara Percuma

MESUT Ozil bersedia meninggalkan Arsenal secara percuma apabila kontraknya berakhir pada musim panas akan datang.

Pemain berusia 28 tahun itu belum berbincang dengan pengurusan tertinggi Arsenal mengenai kontrak baharunya sejak rundingan pada Februari lalu gagal mencapai kata sepakat.

Difahamkan Arsenal menawarkan Ozil kontrak tahunan bernilai 8.1 juta pound sterling untuk kekal di Emirates.

Namun Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis mendakwa mengekalkan Ozil dan Alexis Sanchez merupakan pendirian jelas mengenai cita-cita pasukan itu.

Lebih buruk, The Gunners tidak akan menerima apa-apa pulangan pelaburan sebanyak 42 juta pound sterling yang dibayar kepada Real Madrid untuk mendapatkan khidmat Ozil empat tahun lalu.

Ditanya sama ada dia selesa dengan kontrak Ozil yang bakal berakhir, Wenger berkata:" Ya saya fikir masa depan akan menentukannya."

"Mengapa? Kerana perpindahan sangat tinggi malah untuk pemain biasa, anda lihat lebih ramai pemain akan memasuki tempoh terakhir kontrak mereka.

"Tiada kelab mahu membayar jumlah yang diminta. Saya yakin dalam tempoh 10 tahun lagi ia akan menjadi perkara biasa," katanya.

Mesut Ozil , Arsenal

Artikel Sebelum

Hanya Dua Bulan, Gartung Dan PKNS Berpisah

Artikel Berikut

Beckham, Mengaku Sajalah Guna Botox!

Artikel Berkaitan

Ozil Bakal Sertai United?

Lebih Artikel

MMA cabar ego Zul Ariffin

Hujung minggu yang panjang pada 2019