suria

Ashley Young Dedah Rahsia Lawan Basel

JOSE Mourinho melalukan enam pertukaran ketika menentang Basel dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan kehadiran Ashley Young antara yang mengejutkan.

Pemain berusia 32 tahun itu seakan tidak lagi menjadi pilihan Mourinho musim ini, namun aksinya dalam perlawanan itu telah memberi nafas baru.

Tidak cukup dengan itu, Young turut mendedahkan taktikal Mourinho dalam perlawanan berkenaan yang membawa kepada kemenangan 3-0.

"Kemenangan ini sangat penting, terutama sekali UCL memerlukan mata secara berterusan untuk kita layak ke peringkat lebih baik.

"Oleh itu kami diarahkan supaya mendapat gol awal dalam perlawanan kali ini dengan taktikal 4-2-3-1.

"Ketika kami kecewa (babak pertama) kami menerus usaha dan akhirnya gol penting hadir pada babak kedua.

"Kami menggunakan kawasan yang betul untuk melakukan hantaran dan rakan lain berada di tampat yang betul untuk melakukan penyudah," katanya kepada MUTV.

Young juga berjaya membantu  Marouane Fellaini menghasilkan gol pembukaan sebelum ROmelu Lukaku dan Marcus Rashford menjadikan kedudukan 3-0

Ashley Young, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain