suria

Bola Sepak Atau Isteri?

-foto BackgridUK

COLEEN Rooney baru sahaja mengumumkan berita gembira bahawa dia hamil anak keempat beberapa minggu lalu, tetapi kini terpaksa berdepan kemelut rumahtangga selepas suaminya Wayne ditangkap dan didakwa kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Lebih membuatkan Coleen sakit hati apabila suaminya dilaporkan bersuka-ria dengan seorang wanita yang turut mendakwa mereka telah berkongsi 'ciuman dan pelukan'.

Coleen dilihat tidak memakai cincin perkahwinannya sejak lebih seminggu berita tersebut tersebar.

Terdahulu hari ini, Coleen dilihat memborong barangan runcit dan menguruskan beberapa perkara di kawasan kejiranannya tanpa cincin perkahwinan di jari.

Coleen dilaporkan menggesa Wayne meluangkan sedikit masa untuk memberi perhatian terhadap perkahwinan mereka.

Coleen, 31, didakwa telah meminta suaminya memohon 'cuti simpati' daripada pengurus Everton, Ronald Koeman supaya mereka dapat duduk bersama untuk menyelesaikan isu yang timbul.

Jika cutinya dilulusakan, ini bermakna Wayne boleh melupakan skuad kesebelasan utama.

The Sun memetik rakannya sebagai berkata: "Coleen mahu mereka bercuti satu keluarga. Dia fikir penting untuk mereka melarikan diri seketika dari kawasan itu dan cuba menghabiskan masa sekeluarga.

"Jika sebelum ini mereka tidak dapat duduk bersama untuk menyelesaikan masalah rumahtangga, dia merasakan sekrang ini penting untuk mereka 'lari' seketika dari urusan lain."

Mereka menambah, jika cuti Wayne tidak diluluskan sekarang, pasangan itu perlu menunggu sehingga cuti antarabangsa bulan depan.

"Dia tertekan dan berasa serba salah untuk bermain," kata rakannya itu.

"Jika Wayne mahu menyelamatkan perkahwinannya, sudah tiba masanya untuk dia meletakkan bola sepak di tempat kedua," tambahnya.

Berlepas untuk bercuti bersama mungkin menyebabkan berlakunya pergeseran antara pasangan itu sekali lagi, kerana Wayne dikatakan telah meminta Coleen mengurangkan tabiat bercutinya sebagai syarat untuk dia kurang kurang keluar bersuka-ria.

Wayne dan Coleen yang berkahwin pada 2008, berdepan kemelut rumahtangga terbaru selepas Wayne ditangkap kerana memandu kereta Laura Simpson, 29, ketika mabuk.

Pasangan itu kini dikurniakan tiga anak lelaki Kai, Klay dan Kit.

Wayne Rooney, Coleen Rooney

Artikel Sebelum

Ederson Tunjuk Muka 'Berjahit'

Artikel Berikut

“Dia Salah Pilih Kelab” - Drogba

Artikel Lain