suria

“Dia Salah Pilih Kelab” - Drogba

Didier Drogba

LEGENDA Chelsea, Didier Drogba memberitahu rakan senegaranya, Serge Aurier, bahawa dia telah menyertai kelab yang salah selepas berpindah ke Tottenham Hotspur musim panas ini dengan nilai £23 juta.

Pemain dari Ivory Coast ini yang bergabung dengan Spurs pada hari terakhir perpindahan selepas berdepan kemelut panjang menghabiskan masa selama dua tahun bermain bersama Drogba untuk pasukan kebangsaan di bawah kendalian Cote D'Ivoire.

Dia mungkin berpeluang untuk mengikut jejak Drogba di Stamford Bridge, walaupun Chelsea mengambil keputusan menandatangani Davide Zappacosta, juga pada saat akhir.

Sekarang Drogba berkata kawan baiknya itu membuat keputusan yang salah dan perkara itu telah disampaikan sendiri kepadanya pada Isnin.

"Saya baru sahaja bercakap dengannya beberapa jam lalu," kata Drogba di Sky Sports.

"Dia sangat gembira berada di England dan tentu saja kami akan membantunya.

"Dia seperti adik saya, jadi saya akan memberi beberapa tips. Dia bermain untuk pasukan yang salah! Tetapi saya gembira bagi pihaknya, sangat gembira dengan perpindahannya," katanya berseloroh.

Aurier mungkin akan tampil buat pertama kali bersama Spurs di Liga Juara-Juara menentang Borussia Dortmund malam Rabu, selepas diletakkan di bangku simpanan menentang Everton pada hujung minggu.

Didier Drogba, Serge Aurier

Artikel Sebelum

Bola Sepak Atau Isteri?

Artikel Berikut

Artikel Lain