suria

‘Bale Tak Mahu Jadi Ikan Besar Dalam Kolam Kecil’

GARETH Bale akhirnya buka mulut mengenai punca dia menolak tawaran lumayan daripada Manchester United dan memilih untuk kekal bersama Real Madrid.

Pemain kebangsaan Wales itu menegaskan dia mahu memperkuat Real yang terbukti telah memenangi banyak trofi berbanding berhijrah ke Old Trafford kerana dia tidak mahu sekadar menjadi seekor ikan yang besar dalam kolam yang kecil.

Bale dikaitkan dengan perpindahan ke United pada musim panas lalu dan Jose Mourinho cuba memujuknya untuk kembali ke England tetapi ditolak pada saat akhir.

Berbeza dengan Neymar yang menyertai PSG untuk lari bayangan Lionel Messi, Bale percaya trofi lebih penting berbanding dilimpahi glamor.

"Tidak dinafikan ada percanggahan pendapat mengenai perkara itu. Namun saya fikir perkara utama apabila anda melihat kembali karier anda, anda akan lihat trofi. Jadi ia paling penting," katanya.

Meskipun ada segelintir penyokong mahu Bale digugurkan dalam aksi La Liga, dia bagaimanapun enggan mengendahkan desakan itu.

"Saya tidak terlalu ambil peduli mengenai perkara itu. Ada segelintir pemain ambil kisah tetapi saya tidak.

"Saya hanya mahu menikmati karier saya sebagai pemain bola sepak. Saya mahu melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga membantu pasukan memenangi lebih banyak trofi," katanya.

Gareth Bale, Manchester United

Artikel Sebelum

“Dia Salah Pilih Kelab” - Drogba

Artikel Berikut

Artikel Lain