suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Presiden PSG Dedah Kelab Lain Tawar Mbappe Lebih Tinggi

PARIS Saint-Germain (PSG) mendedahkan bahawa kelab itu bukan pasukan yang membuat bidaan tertinggi untuk mendapatkan Kylian Mbappe daripada Monaco.

Sebaliknya, Presiden PSG, Nasser al-Khelaifi mendedahkan terdapat kelab gergasi lain sanggup membida lebih dari £166 juta bagi mendapatkan khidmat pemain muda berkenaan.

Bagaimanapun Nasser tidak mendedahkan kelab tersebut dan hanya menggelarnya sebuah kelab gergasi.

Namun, antara jurulatih yang pernah memberi isyarat ingin mendapatkan pemain berkenaan ialah Arsene Wenger.

Pengendali Arsenal itu menyifatkan Mbappe sebagai Pele alaf baru dan mengakui kelab itu inginkan pemain Perancis berkenaan.

Selain itu, Manchester City dan Real madrid antara yang tidak menyembunyikan hasrat mereka untuk merebut Mbappe.

"Persaingan mendapatkan Mbappe sangat hebat, percayalah saya, ada kelab yang memberi tawaran lebih daripada PSG.

"Setiap kelab besar mahukan khidmatnya. Tetapi kami menerangkan projek dan cita-cita kami.

"Sebagai seorang warga Perancis dan Paris dia memahami apa yang kami akan lakukan kerana kelab ini juga di hatinya.

"Dia ingin mempertahankan kelab Perancis di peringkat Eropah kerana sangat mendalam baginya," jelansya.

PSG, Perancis, Monaco

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain