suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyokong Manchester United Jangan Bimbang - JM

MANCHESTER United meminta penyokongnya tidak bimbang dengan gadingan yang akan diturunkan buat pertama kali musim ini dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Basel.

Jose Mourinho terpaksa mengetepikan Eric bailly dan Phil Jones kerana menjalani pergantungan perlawanan peringkat Eropah.

Berikutan itu, gandingan Chris Smalling dan Victor Lindelof akan mengambil alih buat pertama kali untuk perlawanan kompetitif.

Bagi pengkritik, gandingan itu akan menjadi satu tindakan memperjudikan barisan pertahanan namun tidak bagi Mourinho.

"Saya lebih yakin dan saya tahu mereka lebih berkeyakinan. Lindelof seorang pemain yang baik dan berpotensi.

"Ini bukan alasan untuk kita bimbang kerana ketiadaan Bailly dan Jones kerana Lindelof dan Smalling juga pemain terbaik kami.

"Lindelof akan lebih mudah untuk Liga Juara-Juara Eropah, dia akan lebih selesa dengan gaya bola sepak Portugal," katanya.

Basel, Manchester United

Artikel Sebelum

Dunia Akan Tahu... - Zlatan

Artikel Berikut

Mourinho Mengaku Lemah Tanpa Dia

Artikel Lain